Kensington Green Specialist Center (KGSC), Pusat Rawatan Kesuburan (IVF) Peraih Award 2024

Pusat Rawatan Kesuburan (IVF) di Malaysia

PROBATAM.CO, Malaysia– Kensington Green Specialist Centre (KGSC) adalah sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Hospital ini baru saja menerima Award 2024 Baby Talk Mama Papa, Kuala Lumpur pada Kamis (15/8/2024). Penghargaan bergengsi yang diberikan kepada KGSC sebagai Pusat Rawatan Kesuburan (IVF) di Malaysia.

Petugas Kesehatan sedang bekerja di KGSC Hospital Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. (photo: dok/hospital)

KGSC merupakan salah satu pusat perobatan yang menawarkan perkhidmatan cemerlang dalam penjagaan kesehatan dan telah mendapat pengiktirafan sebagai pemenang untuk kategori Pusat Rawatan Kesuburan (IVF).

KGSC telah diasaskan oleh Dr. Hoo Sing Nguang, Pakar Kebidanan dan Sakit Puan yang berpengalaman luas dan telah mengabdi di dalam bidang kesehatan dan perubatan melebihi daripada tiga dekade.

Kawasan luar gedung KGSC Hospital Iskandar Puteri, Johor, Malaysia berdiri megah sebagai Pusat Rawatan Kesuburan (IVF) penerima Award 2024. (photo: dok/hospital)

“KGSC memberikan komitmen sepenuhnya dalam memastikan pematuhan piawaian klinikal yang menyeluruh dan memberikan perkhidmatan penjagaan bertumpu kepada kesejahteraan pesakit/pasien,” kata Direktur Pelaksana KGSC Hospital Dr. Hoo Sing Nguang di Iskandar Putri, Johor, Rabu (14/8/2024).

Dr. Hoo Sing Nguang yang didampingi Direktur Operasi, Charlene Lim dan Manajer Pemasaran Senior Pn. Rosniza Binti Sidek serta Dr Sharifah Najwa Binti Syed Amin Hussaini (pakar Sakit Puan & Kebidanan, Pakar Kesuburan Bayi Tabung) mengatakan KGSC menawarkan rangkaian perkhidmatan kesuburan yang komprehensif dibawah satu bumbung.

Reporter probatam.co yang juga Ketua Serikat Media Siber (SMSI) Kota Batam, Indra Helmi sedang wawancara/ interview dengan Direktur Pelaksana KGSC Hospital Dr. Hoo Sing Nguang. (Photo: dok/hospital)

” Pusat rawatan kesuburan ini dilengkapi dengan peralatan perubatan yang terkini bagi memberikan pengalaman rawatan yang lancar kepada para individu dan pasangan yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan,” jelas Dr. Hoo Sing Nguang kepada probatam.co yang berkunjung ke hospital yang dipimpinnya.

Sebagaimana diketahui pasukan pakar perubatan kesuburan KGSC ini diketuai oleh Dr. Hoo Wee Liak (William).

Dr William ini merupakan Pakar Perunding Kanan yang berpengalaman luas dalam rawatan kesuburan (IVF), pembedahan akses minimum dan ultrasonografi ginekologi lanjutan.

Direktur Pelaksana KGSC Hospital Dr. Hoo Sing Nguang didampingi Direktur Operasi, Lim Hong Wei- Charlene Lim dan Manajer Pemasaran Senior Puan Rosniza Binti Sidek serta saat berbincang- bincang dengan Reporter Indonesia dari Batam. (photo : dok/hospital)

Kepimpinan dan kepakaran yang dimiliki oleh Dr. William memainkan peranan penting didalam keberhasilan program-program kesuburan serta memastikan standard rawatan yang tinggi disesuaikan bagi memenuhi keperluan khusus setiap pesakit/pasien.

Selain itu, Dr. Hoo Sing Nguan mengatakan KGSC ini merupakan hospital swasta multidisiplin yang menawarkan pelbagai bidang kepakaran dan perkhidmatan sampingan yang dilengkapi dengan 80 buah katil (beds) pesakit/pasien penjagaan am dan akut.

Reporter probatam.co yang juga Ketua Serikat Media Siber (SMSI) Kota Batam, Indra Helmi sedang wawancara/interview dengan Dr Sharifah Najwa Binti Syed Amin Hussaini (pakar Sakit Puan & Kebidanan, Pakar Kesuburan Bayi Tabung). (Photo: dok/hospital)

Dengan melihat kepimpinannya, memandang kedepan dan rawatan perubatan yang berasaskan bukti klinikal, KGSC senantiasa berusaha untuk meraih kecemerlangan melalui inisiatif-inisiatif peningkatan kualiti.

” Tentunya dengan tekad dan tujuan untuk menjadi salah sebuah destinasi penjagaan kesehatan premier di Malaysia,” kata Dr. Hoo Sing Nguan bersemangat.

KGSC bersedia untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti setempat dan juga luar negara. Seterusnya menjadi penanda aras baru dalam penjagaan kesehatan yang berkualiti. (iin)