KPJ Wilayah Selatan Bangun Permintaan Warga Dalam dan Luar Negeri, 4 RS KPJ Tampil di Batam Imlek Tahun Ini

PROBATAM.CO, Batam– Bersempena dengan Sambutan Imlek 2023, RS. KPJ Wilayah Selatan telah mengadakan Majlis Undangan Dinner, Silaturahim dan Bicang Kesehatan Bersama rekan-rekan bisnis korporate dan pelanggan setia KPJ di Hotel Planet Holidaya Batam, Rabu (8/2/2022) malam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah HM Rudi, SE, MM, Walikota Kota Batam yang diwakili Direktur RSUD Embung Fatimah Sri Wijayanti S dan perwakilan Dinas Kesehatan Kota Batam dr Andi dan ratusan warga Kota Batam khususnya dari keluarga besar PSMTI Kepri dan masyarakat umum lainnya.

Membaur bersama undangan, sejumlah petinggi- petinggi dan CEO KPJ dari Malaysia diantaranya; Encik Mohd Azhar Abdullah, Regional Chief Executive Officer, Puan Haliza Khalid, Chief Executive Officer KPJ Johor Specialist Hospital, Encik Hazarul Azly Hamzah, Chief Executive Officer KPJ Puteri dan Khairul Hasanain bin Abdul Hamid, Chief Executive Officer KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital serta Operation Manager KPJ Dato’ Bandar Oon Puan Mahani yang mewakili CEO Noor Haslina Harun turut serta dalam rombongan.

KPJ Wilayah Selatan merupakan peneraju utama industri kesehatan swasta di negeri Johor bakal menjadikan negeri Johor sebagai hub kesehatan bagi rawatan jatung apabila tiga lagi hospitalnya akan mempunyai “Catheterization Laboratory” atau makmal jantung sehingga penghujung tahun ini.

Menurut Mohd Azhar Abdullah, Ketua Pegawai (CEO) Eksekutif KPJ Wilayah Selatan dengan pembukaan tirai tahun baru, Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan berhasrat (berniat) untuk menjadikan negeri Johor sebagai hab kesehatan untuk rawatan dan prosedur kardiologi dengan tiga lagi hospital kami iaitu Hospital Pakar KPJ Puteri (“KPJ Puteri), Hospital Pakar KPJ Kluang (“KPJ Kluang”) dan Hospital Pakar KPJ Batu Pahat (“KPJ Batu Pahat”).

” Insya Allah merancang menyediakan perkhidmatan Catheterisation Laboratory (“Cath Lab” atau “makmal jantung”) di setiap hospital tersebut pada tahun ini.Bagi aktiviti pelancongan kesehatan pula, perancangan untuk menubuhkan makmal jantung di beberapa Hospital Pakar KPJ di negeri ini adalah berikutan permintaan tinggi daripada pesakit di dalam dan luar negara untuk menerima rawatan perubatan dan pembedahan jantung secepat mungkin,” kata Mohd Azhar Abdullah kepada media ini, di Hotel Planet Holiday, Sei Jodoh, Kota Batam, Rabu (8/2/2023).

Sehingga kini, lanjut dia, Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan telah menerima lebih 28,000 pelancong kesehatan sejak sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022.

” Beberapa inisiatif baru telah dilaksanakan untuk mempertingkat siap siaga Syarikat dengan jangkaan peningkatan jumlah pesakit antarabangsa, termasuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan-kemudahan seperti lobi hospital dan peralatan peronatan, serta katil-katil tambahan, kerusi dialisis dan dewan bedah untuk memberikan keselesaan yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pesakit (pasien),” ujarnya dengan logat Melayu Malaysia.

Ia mengatakan ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana lebih 100 buah katil baharu akan disediakan pada tahun ini, menjadikan lebih 900 katil sedia untuk beroperasi di seluruh Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan.

“Premier Lounge khas untuk pelancong kesehatan yang tiba di sempadan negara melalui Terminal Feri Stulang, Johor Bahru akan dibuka pada pertengahan 2023 bagi memudahkan ketibaan dan pergerakan para pesakit di terminal. Syarikat juga merancang untuk meneroka rantau pasaran baharu seperti Bengkalis, Dumai, Pekan Baru dan Selat Panjang, memandangkan pembukaan semula beberapa lagi terminal feri di negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada pesakit antarabangsa, lebih ramai doktor pakar juga dijangka menyertai Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan tahun ini daripada pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan.

“Antara kepakaran yang diperlukan adalah nefrologi, breast and endocrine, telinga, hidung dan tekak (ENT), dan orthopedik,” ungkapnya.

Pada majlis tersebut juga diadakan bincang kesehatan oleh tiga orang doktor pakar KPJ iaitu Doktor Faiz Idris, Pakar Bedah dan Doktor Salmi Daraup, Pakar Obgyn dari KPJ Pasir Gudang dan Doktor Rudy Rezza Johan, Pakar Ortopedik dari KPJ Johor. (hel)

  • TAMAT –